Carian
LG
LG G5 Dijangka Akan Menggunakan Binaan Berasaskan Logam
November 23, 2015 Aman

Menjelang tahun 2016, pelbagai syarikat pengeluar sedang dalam persiapan untuk menyediakan peranti baru untuk tahun 2016 kelak. LG merupakan salah satu pengeluar dalam persiapan untuk memperkenalkan LG G5 menjelang suku pertama 2016 kelak.

LG G4

LG G5, yang akan menjadi penyambung legasi LG G4 kelak dijangka akan hadir dengan rekaan berasaskan logam. Ini akan membawakan perbezaan berbanding dengan peranti-peranti flagship LG sebelum ini yang hadir dengan rekaan berasaskan logam.

Disamping itu, ia turut dilaporkan LG akan membawa rekaan telefon pintar setapa kehadapan berbanding sebelum ini. Sebelum ini,LG telah kekal menggunakan rekaan dengan butang kawalan fizikal pada bahagian belakang untuk beberapa peranti mereka sebelum ini. Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak LG akan membuangnya dan hadir dengan rekaan baru pada LG G5 kelak.

Pemasaran LG juga dikatakan akan bergerak lebih pantas untuk LG G5, dan bukannya seperti sebelum ini yang sering mengambil masa yang lama sebelum ia dilancarkan.

Seperti biasa, ini hanyalah laporan awal berkaitan LG G5, dan mungkin kita akan mula mendengar beberapa info lanjut berkaitan dengannya tidak lama lagi. LG G5 dijangka diperkenalkan sekitar bulan Februari atau Mac kelak.

Komen