Carian
Nexus 5X Dilaporkan Bermasalah – Skrin Gagal Berfungsi Ketika Dicas
November 23, 2015 Effi Saharudin

Mulakan hari isnin anda dengan satu lagi berita masalah yang melanda peranti baru di pasaran. Sebelum ini kami laporkan masalah iPad Pro gagal beroperasi selepas dicas dan juga panel kaca Nexus 6P yang retak secara tiba-tiba. Hari ini giliran Nexus 5X pula yang dilaporkan mempunyai masalah skrin sesentuh ketika dicas. Beberapa pengguna merungut skrin sesentuh tidak berfungsi dengan baik ketika ianya dicas.  Sentuhan skrin gagal dibaca peranti adalah antara masalah yang dilaporkan. Masalah ini dipercayai berlaku apabila pemilik menggunakan pengecas yang disertakan dengan setiap pembelian. Ianya dapat diselesaikan dengan menggunakan kabel USB-C lain yang perlu anda beli secara berasingan.

Google-Nexus-5X-masalah

Ironi di sini ialah beberapa minggu yang lalu seorang pekerja di Google ada melakukan ulasan kabel USB-C yang dikatakan tidak memenuhi piawaian Google dan ini akan mendatangkan masalah. Antara kabel yang dikatakan tidak elok digunakan ialah kabel USB-C untuk OnePlus 2. Tidak disangka pula USB-C yang disertakan pada peranti Google ini sendiri yang nampaknya bermasalah kerana masalah pendawaian elektriknya.

Komen