Patch Pertama Fallout 4 Akan Hadir Minggu Ini Dimulakan Dengan Versi PC
Artikel Berkaitan

Patch Pertama Fallout 4 Akan Hadir Minggu Ini Dimulakan Dengan Versi PC

Diterbitkan pada November 23, 2015 oleh .

Fallout 4 ialah permainan paling laku tahun ini dengan jualan sudahpun mencecah 12 Juta unit. Ini membawa nilai jualan melangkaui $100 Juta dalam masa hanya tiga hari. Sambutan yang amat memberangsangkan ini turut menjadikan Fallout 4 edisi permainan paling lalu di dalam siri Fallout yang mula dijual sejak 1997. Seperti biasa permainan baru akan mempunyai beberapa pepijat yang sedikit sebanyak merosakkan sesi permainan. Fallout mempunyai pepijat yang mengakibatkan wajah watak anda hilang, permainan terhenti secara tiba-tiba dan membolehkan pemain mendapatkan tudung botol tanpa henti. Sungguhpun begitu ia tidak menimbulkan sebarang kemarahan dari pemilik permainan seperti yang berlaku pada Arkham Knight edisi PC.

Fallout 4

Bathesda Games Studios mengumumkan patch pertama Fallout 4 akan muncul minggu ini. Pemilik PC akan terlebih dahulu menerima patch melalui STEAM diikuti pula oleh pemilik konsol. Mungkin menyedari pengguna PC lebih kritikal dalam kelancaran permainan tanpa masalah pepijat dan juga paling setia dengan permainan buatan mereka. Berapa ramaikan pembaca Amanz yang memiliki permainan ini? Kami sendiri sedang mencari masa untuk mengembara di Commonwealth.


TIPS & ULASAN