Carian
Peta Negara Paling Banyak Pengguna Android Dan iOS Diperlihatkan
November 23, 2015 Effi Saharudin

Ruangan komen Amanz akan meletup apabila ada berita mengenai peranti Android dan iOS. Jarang sekali berlaku peperangan komen apabila berita sistem operasi Windows Phone, Blackberry dan Firefox OS dilaporkan oleh kami. Ini adalah tidak mengejutkan kerana dua sistem operasi terbesar dunia adalah Android dan iOS. Mengikut perangkaan terkini Android adalah sistem operasi paling popular dunia dengan pegangan 82.8% berbanding iOS dengan 13.9%. Ini sebenarnya menunjukkan sedikit penurunan kerana sebelum ini Android memegang 84.8%. Persoalannya sekarang negara manakah yang lebih mesra Android dan manakah pula yang lebih mesra iOS. Peta di bawah yang dihasilkan oleh Device Atlas akan menjawab persoalan ini.

Android-vs-IOS-Q3-2015-1

Tidak mengejutkan Malaysia ialah “wilayah” Android dan sebaliknya pula di Singapura. Kaji selidik dilakukan di 66 negara dan hanya 15 negara mempunyai majoriti pengguna iOS. Bagaimana pula dengan sistem operasi peranti mudah alih yang lain? Windows Phone di tempat ke tiga dengan 2.6% diikuti oleh Blackberry dengan  0.3%. Pegangan kedua-dua sistem operasi ini masih lagi kecil tetapi ada berita baik untuk Windows Phone kerana menunjukkan peningkatan 0.1% berbanding tahun lalu. Finland ialah negara dengan jumlah pengguna Windows Phone tertinggi diikuti oleh Uruguay, Argentina, Bangladesh dan India. India menunjukkan peningkatan pengguna Windows Phone tertinggi. Dari apa yang anda boleh lihat warga Finland masih setia dengan Nokia walaupun sudah dimiliki Microsoft dan warga India mula menggemari WP selepas Satya Nadella dilantik menjadi CEO Microsoft.

Android-vs-IOS-Q3-2015-2

Android-vs-IOS-Q3-2015-3

Komen