Batman Arkham Knight PC Tidak Akan Menyokong SLI dan Crossfire
Artikel Berkaitan

Batman Arkham Knight PC Tidak Akan Menyokong SLI dan Crossfire

Diterbitkan pada November 23, 2015 oleh .

Sudah jatuh ditimpa tangga, atap dan dinding, Ini mungkin pepatah paling sesuai digunakan untuk menggambarkan nasib pemilik Arkham Knight versi PC. Selepas pelbagai masalah pepijat dan patch yang gagal memperbaiki kelancaran permainan kini satu lagi berita buruk untuk mereka. Pihak Warner Brothers Games mengesahkan permainan ini tidak akan menyokong penggunaan sistem SLI dan Crossfire. Ini pastinya membangkitkan lagi kemarahan pengguna kerana ianya dijanjikan oleh WB beberapa bulan yang lalu.

Batman-Arkham-Knight-SLI

Pembangunan patch yang menyokong penggunaan kad grafik berganda ini dihentikan selepas mereka mendapati ia hanya mendatangkan lebih banyak masalah sekiranya diaktifkan. Penambahbaikan dari segi kelancaran permainan adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan masalah yang bakal wujud. Akrham Knight mungkin adalah contoh terbaik mengapa pembangunan edisi PC sesebuah permainan harus diambil lebih serius. Adalah tidak dapat dimaafkan langsung apabila edisi PC mempunyai banyak masalah sela masa sedangkan ia lebih berkuasa jika dibandingkan dengan sebuah konsol. Kepada pemilik edisi PC permainan ini anda masih mempunyai masa sehingga hujung tahun untuk meminta wang anda kembali. Kami sarankan anda melakukannya pada kadar segera.


TIPS & ULASAN