Cari @ Amanz

Untuk Android, terdapat beberapa aplikasi berbentuk launcher – dimana memfokuskan kepada mengubah paparan antaramuka peranti kepada apa yang disukai oleh pengguna. EverythingMe merupakan salah satu launcher yang popular disebabkan penawaran paparan berbentuk konteks yang sangat diminati pengguna.

EverythingMEWalaubagaimanapun, launcher yang telah diperkenalkan sebelum ini, malah turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Mozilla sebelum ini untuk Firefox Launcher – telah pun menamatkan perkhidmatan mereka, dan aplikasi mereka akan berhenti berfungsi dalam beberapa hari lagi.

Pihak pembangunnya mengatakan ia telah digunakan oleh lebih 15 juta pengguna seluruh dunia, tetapi disebabkan kebanyakkan sistem operasi pada hari ini telah menawarkan fungsi yang disertakan oleh mereka, maka mereka berhenti untuk beroperasi.

Sebagai ganti untuknya, pihak EverythingMe mencadangkan pengguna untuk mencuba Google Now launcher, atau memilih daripada pelbagai launcher lain yang terdapat di pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd