Xiaomi Bakal Memperkenalkan Redmi Note 3 Esok?

Xiaomi Bakal Memperkenalkan Redmi Note 3 Esok?

Diterbitkan pada November 23, 2015 oleh .

Xiaomi sedia menjadualkan acara media khusus pada 24 November 2015 ini untuk memperkenalkan produk baru. Mereka dijangka memperkenalkan tablet Mi Pad baru, selain bersama-sama kemaskini untuk keluarga Redmi Note.

Xiaomi Redmi Note 3

Mengikut spekulasi sebelum ini, Xiaomi dijangka memperkenalkan Redmi Note 2 Pro esok – yang membawakan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Perkara ini dijangka memandangkan pihak Xiaomi hanya melancarkan Redmi Note 2 kepada umum baru-baru ini.

Namun, melalui gambar teaser yang hadir hari ini, Xiaomi dilihat akan melangkaui penggunaan nama Note 2 Pro, dan terus menggunakan Note 3.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Xiaomi, dan apakah kejutan yang disediakan oleh mereka.

Xiaomi Redmi Note 3


TIPS & ULASAN