Cari @ Amanz

Pada bulan lepas kami telah menulis berkenaan Gangguan Frekuensi (“Frequency Interference”) iaitu sejenis gangguan yang berlaku apabila pelbagai peranti tanpa wayar berada dalam satu lingkungan kawasan terhad dan terdapat beberapa peranti yang boleh mengganggu penyebaran gelombang tersebut. Dalam konteks pasaran tempatan, antara faktor yang mungkin boleh menjadi punca kepada gangguan frekuensi tersebut adalah termasuk alat peranti yang tidak berdaftar dengan SKMM mungkin boleh menyebabkan gangguan tersebut. Pada artikel kali ini, kami akan berkongsi sedikit sebanyak bagaimana cara-cara untuk mengesan gangguan frekuensi.

Banyak aplikasi yang tersedia di App Store dan Google Play yang membolehkan pengguna mengesan sebarang gangguan frekuensi. Dengan mengesan gangguan frekuensi melalui aplikasi-aplikasi ini, ia dapat membantu pengguna untuk melakukan tetapan khusus pada peranti, dan membolehkan peranti beroperasi secara optimum. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah WiFi Signal Strength. Aplikasi ini akan menyenaraikan sambungan WiFi yang tersedia dan saluran WiFi (WiFi Channel) yang mereka gunakan. Jika anda tahu terdapat 10 sambungan WiFi yang tersedia dan kebanyakannya menggunakan saluran 8, anda boleh menetapkan sambungan WiFi anda untuk menggunakan saluran lain, sekaligus mengurangkan gangguan.

P1-interference-scr1

Akan tetapi aplikasi ini hanya menyentuh gangguan yang berkaitan dengan saluran, bagaimana pula dengan gangguan yang boleh mengakibatkan kegagalan sambungan internet? Sepertimana yang kita tahu gelombang spektrum 2.3GHz (2.36GHz-2.39GHz) diberikan dilesenkan lesen oleh SKMM kepada P1 untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar, dan pengguna/penyedia perkhidmatan lain tidak dibenarkan menggunakan gelombang spektrum yang telah dilesenkan kepada P1 tanpa kebenaran SKMM.

Oleh itu kebanyakan peranti lain diwajibkan menggunakan gelombang 2.4GHz keatas yang tidak memerlukan sebarang lesen daripada SKMM untuk digunakan. Namun terdapat kebarangkalian peranti yang tidak disahkan oleh SKMM ini mengganggu peranti lain yang beroperasi menggunakan gelombang spektrum 2.3GHz. Gangguan ini merupakan satu kesalahan dibawah Akta Komunikasi dan Multimmedia 1998 dan pelaku boleh dikenakan tindakan undang-undang. Bagi mengelakkan kejadian tersebut, pengguna perlu lebih prihatin terhadap penggunaan peranti yang baru dimiliki atau yang baru dihidupkan.

Bersama kami adalah salah satu alat yang digunakan untuk menyambungkan kamera litar tertutup (CCTV – Close Circuit TV) yang beroperasi menggunakan gelombang WiFi. Peranti ini tidak menjalani proses pengesahan SKMM, dimana peranti yang disahkan oleh SKMM akan secara automatiknya patuh kepada pemilikan gelombang, dan mempunyai tetapan yang tidak mengganggu peranti-peranti lain. Peranti ini apabila dihidupkan akan mengganggu sambungan internet P1 dan hal ini dapat dibuktikan apabila kesemua lampu penunjuk pada penghala (Router) P1, berkelip secara tidak menentu.

P1 Interference -screenshot_660

Satu lagi cara untuk mengesan apabila pengguna mengalami kesukaran berhubung dengan internet adalah dengan menggunakan aplikasi Speedtest pada telefon pintar. Aplikasi ini secara tidak langsung akan mengeluarkan status ‘Network Communication Issue’ yang bermaksud kegagalan untuk aplikasi tersebut berhubung dengan internet. Jika menggunakan komputer, kebiasaannya sesuatu laman tidak dapat diakses ataupun sentiasa berada dalam keadaan dimuatkan (Loading) untuk satu jangkamasa yang panjang.

Bagi mengatasi masalah ini, pengguna perlu memperbetul tetapan peranti mereka supaya tidak mengganggu peranti yang menggunakan spektrum tertentu dan seperti didalam kes ini, untuk artikel seterusnya kami akan menunjukkan cara bagaimana menetapkan peranti penghubung kamera litar tertutup ini supaya tidak mengganggu sambungan internet P1.

Penafian: Advertorial dari P1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd