Google Memperkenalkan Laman Khusus Star Wars – Mengubah Tema Aplikasi Google Sempena Star Wars

Google Memperkenalkan Laman Khusus Star Wars – Mengubah Tema Aplikasi Google Sempena Star Wars

Diterbitkan pada November 23, 2015 oleh .

Dengan filem Star Wars yang menjelang tiba, pelbagai perkara promosi dilakukan bersempena dengannya. Terkini, Google turut hadir dengan laman khusus bersempena filem Star Wars yang membolehkan pengguna memilih ingin menyertai pasukan Dark Side atau Light Side.

Dengan menyertainya pada laman berkenaan, pengguna boleh memilih untuk mengubah avatar laman sosial mereka dengan bertemakan kedua-dua belah berkenaan.

Google Star Wars

Menariknya, selain itu sahaja, pemilihan tema ini akan membuatkan pelbagai aplikasi Google berubah mengikut tema pilihan anda – termasuk pada YouTube, Google Maps, GMail, dan beberapa perkhidmatan Google yang lain.

Daripada pengamatan kami, pada GMail, ia paling tampak jelas dengan perubahan tema, tetapi pada YouTube, ia mengubah paparan garis susur kepada penggunaan warna seumpama light-saber.

Bagi anda yang meminati Star Wars, mungkin boleh ke laman khusus Google Star Wars, dan mimilih untuk menyertai pasukan Dark Side atau Light Side.

Layari : Google Star Wars


TIPS & ULASAN