Microsoft Dan Volvo Bekerjasama – Guna HoloLens Untuk Mempertontonkan Kereta

Microsoft Dan Volvo Bekerjasama – Guna HoloLens Untuk Mempertontonkan Kereta

Diterbitkan pada November 23, 2015 oleh .

Microsoft telah beberapa kali memperlihatkan peranti gabungan AR dan VR mereka, dinamakan sebagai HoloLens. Terkini, Microsoft turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Volvo dalam menggunakan HoloLens pada pusat jualan Volvo di Amerika Syarikat untuk memudahkan pengguna mengetahui kelebihan sesuatu kenderaan.

Volvo Hololens

Menggunakan HoloLens, pengguna boleh melihat pelbagai ciri-ciri dan kelebihan sesuatu kenderaan, selain pada masa yang sama menyemak ciri-ciri keselamatan berkaitan dengannya.

Apakah kerjasama penuh antara kedua-dua pihak tidak diumumkan. Tetapi, menurut Bloomberg, pengguna turut dijangka boleh duduk dalam kenderaan dan mengalami ujian memandu berasaskan AR menggunakan HoloLens.

Selain daripada kerjasama untuk penggunaan diruangan jualan, pihak Volvo dan Microsoft turut dijangka akan turut bekerjasama dalam beberapa teknologi automotif yang lain pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN