Huawei Memberikan Petanda Huawei Watch Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Huawei Memberikan Petanda Huawei Watch Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada November 23, 2015 oleh .

Huawei pada tahun ini telah memfokuskan kepada penawaran peranti premium dengan rekaan yang cantik, dan salah satu peranti daripada Huawei yang dinantikan ramai adalah jam tangan pintar mereka, Huawei Watch.

Huawei Watch

Huawei Watch merupakan jam tangan pintar premium daripada Huawei, menggunakan sistem operasi berasaskan Android Wear, serta hadir dengan rekaan skrin berbentuk bulat. Jam tangan pintar ini turut hadir dengan beberapa sensor terbina, termasuk untuk memantau denyutan nadi, pedometer, dan juga barometer.

Pihak Huawei sebelum ini telah mengatakan kepada kami yang mereka dalam perbincangan untuk membawa masuknya ke pasaran Malaysia, dan kini melalui perkongsian di Facebook, Huawei Malaysia dilihat akan melancarkannya tidak lama lagi.

Tiada sebarang tarikh yang diberikan buat masa ini. Tetapi, daripada promosi yang telah mula dilakukan di laman sosial mereka, mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan untuk pasaran tempatan sebelum tahun 2015 ini tamat.


TIPS & ULASAN