Google melalui perkhidmatan Street View mereka sedia merakamkan pelbagai lokasi diseluruh dunia, termasuk beberapa tapak bersejarah. Terkini, hari ini, Google mengumumkan penambahan lebih 30 tapak warisan sejarah di Jordan ke dalam Google Street View.
Pengguna boleh melawat pelbagai lokasi menarik dan bersejarah di Jordan terus melalui pelayar web anda, dan salah satu lokasi yang mungkin anda ingin melawat terlebih dahulu adalah Petra, iaitu salah satu kota berasaskan batu yang telah berusia lebih daripada 2000 tahun.
Menariknya, pihak Google turut membawa penawaran mereka setapak dengan membolehkan Queen Rania menemani anda dalam lawatan ke beberapa tapak – dimana suaru Queen Rania digunakan sebagai suara latar untuk penerangan beberapa perkara.
Bagi anda yang berminat, boleh mulakan lawatan anda ke Jordan sekarang, dan melihat sendiri pelbagai peninggalan sejarah dan perkara menarik sekitar Jordan.