Cari @ Amanz

Kemaskini : Pihak Huawei Malaysia telah mengeluarkan kenyataan, mengatakan ia bukan harga rasmi dan sekadar ujian untuk halaman sahaja. Harga rasmi kelak adalah berbeza. Spesifikasi yang dipaparkan juga dikatakan berbeza dengan versi akhir yang akan dijual. Berkemungkinan mereka mengujinya menggunakan template sama Huawei Mate S sebelum ini di VMall.


Huawei pada bulan lepas telah memberitahu mereka akan melancarkan telefon pintar Nexus 6P dipasaran Malaysia tidak lama lagi, dan kini, melalui ujian halaman web untuk Nexus 6P yang dilakukan di VMall, ia memperlihatkan harga Nexus 6P kelak untuk pasaran tempatan.

Huawei Nexus 6P

Daripada penyenaraian yang dilakukan oleh Huawei pada laman VMall, ia dilihat telefon pintar ini akan dijual untuk pengguna pasaran tempatan pada harga RM2698.

Laman penyenaraian Nexus 6P berkenaan turut memperlihatkan yang mana set yang bakal dijual adalah berstoran 64GB, dan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 810, serta memori 3GB. Ia turut dilengkapi sokongan pengecasan USB Type-C, kamera belakang 12.3-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Nexus 6P Malaysia

Telefon pintar Huawei Nexus 6P ini dijangka menjadi telefon pintar pertama berasaskan Android 6.0 Marshmallow yang dipasarkan di Malaysia.

Pihak Huawei telah membuang penyenaraian berkenaan di laman VMall, tetapi masih boleh diakses melalui Google Cache buat masa ini. Memandangkan mereka telah membuangnya, terdapat kemungkinan mereka mengubah harga akhirnya kelak, atau mungkin juga spesifikasi penawaran.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pihak Huawei Malaysia mengumumkannya secara rasmi tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd