Smartisan T2 – Peranti Pertama Direka Untuk Pengguna Tangan Kanan Dan Kidal

Smartisan T2 – Peranti Pertama Direka Untuk Pengguna Tangan Kanan Dan Kidal

Diterbitkan pada Jan 1, 2016 oleh .

Lebih kurang 8% peratus penduduk dunia adalah kidal. Individu kidal kerap dilupakan apabila sesebuah produk dihasilkan. Contoh paling ketara ialah apabila Samsung Galaxy Note Edge dihasilkan, pengguna kidal merungut fungsi skrin sisisnya tidak boleh digunakan oleh mereka. Gunting biasa yang dijual di kedai alat tulis juga tidak sesuai digunakan oleh mereka. Oleh sebab itu menurut statistik, individu kidal adalah enam kali ganda lebih berisiko meninggal dunia dalam kemalangan kerana kenderaan direka untuk pengguna bertangan kanan. Smartisan T2, sebuah telefon pintar dari China cuba membawa perubahan sebagai peranti pertama yang direka untuk pengguna kidal ataupun bertangan kanan.

Smartisan-T2-Smartphone-image-2

Kelainan ialah ia mempunyai sepasang butang suara pada sebelah kanan dan kiri peranti. Pengguna kidal boleh memprogramkan butang kanan sebagai butang suara dan sebaliknya bagi pengguna bertangan kanan. Peranti dengan skrin 5″ FHD ini diperkasakan pemproses Snapdragon 808, mempunyai RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 16/32 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13 Megapixel f/2.2 dan kamera hadapan 5 Megapixel. Kamera utama mampu merakam video pada resolusi 4K. Menarik sekali ialah ia tidak mempunyai butang kuasa pada bahagian sisi. Butang home fizikal pada dagu peranti turut berfungsi sebagai butang kuasa. Slot SIM juga disorokkan di bawah butang suara pada sebelah kiri peranti. Ini adalah rekaan yang tidak pernah kami lihat pada mana-mana peranti sebelum ini. Smartisan T2 menggunakan Android 5.1 dengan antaramuka Smartisan OS 2.5 yang minimalis. Harga jualan ialah 2499 Yuan (~RM 1651) untuk versi 16 Gigabyte dan 2699 Yuan (~RM 1717) untuk versi 32 Gigabyte.

Smartisan-T2-Smartphone-image-4 Smartisan-T2-Smartphone


TIPS & ULASAN