Kemaskini Kecil Untuk Perisian Winamp Akan Hadir Pada Tahun 2016 Ini

Kemaskini Kecil Untuk Perisian Winamp Akan Hadir Pada Tahun 2016 Ini

Diterbitkan pada Jan 1, 2016 oleh .

Winamp merupakan salah satu pemain media yang popular dikalangan pengguna sehingga beberapa tahun lepas, dimana ia kurang menerima kemaskini, dan turut telah diambil-alih oleh Radionomy.

WinampTahun 2015 menyaksikan, Radionomy diambil-alih oleh Vivendi, dan kini melalui forum Winamp, ia dikatakan pihak Winamp akan memperkenalkan kemaskini kecil untuk perisian tersebut pada tahun ini.

Kemaskini kecil ini akan lebih memfokuskan kepada mengantikan beberapa library perisian yang digunakan dalam Winamp.

Selain daripada Winamp, terdapat beberapa perisian popular lain dalam arena yang sama, termasuk antaranya adalah Foobar2000 dan juga AIMP.


TIPS & ULASAN