Cari @ Amanz

Acara CES 2016 yang dijadualkan pada awal Januari ini bakal memperlihatkan pengenalan pelbagai produk baru. Selain daripada pelbagai teknologi automotif dan pengenalan televisyen pintar baru, ia dilihat beberapa peranti mudah-alih baru turut akan dilancarkan.

Lenovo Project Tango

Salah satunya adalah daripada Lenovo. Daripada jemputan media yang diperlihatkan Lenovo, mereka dilihat bakal mengumumkan kerjasama dengan pihak Google untuk peranti Project Tango.

Melalui Project Tango, sebelum ini Google memperlihatkan sebuah peranti yang boleh memahami gerakan dan ruangan di sekeliling manusia menggunakan beberapa sensor dan kamera belakang.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pihak Lenovo dan Google akan memasarkannya. Sebelum ini, selain daripada Lenovo, Google turut telah mengumumkan beberapa rakan kerjasama lain yang dijangka turut hadir dengan peranti dibawah Project Tango.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd