Honor Malaysia Menawarkan 200 Unit Pengecas Pantas Untuk Honor 7 Sebagai Hadiah Tahun Baru

Honor Malaysia Menawarkan 200 Unit Pengecas Pantas Untuk Honor 7 Sebagai Hadiah Tahun Baru

Diterbitkan pada Jan 2, 2016 oleh .

Sejak daripada tahun 2015 yang lepas, gaya pemasaran pihak Honor Malaysia bertambah lebih baik, dan pada masa yang sama menawarkan pelbagai perkara menarik kepada pelanggan mereka. Terkini, bersempena dengan tahun baru, pihak Honor Malaysia menawarkan sebanyak 200 adapter pengecas pantas kepada para pemilik peranti honor 7.

Honor 7 2016

Untuk tujuan ini, pihak honor meminta pengguna yang memilik honor 7 untuk merakamkan gambar selfie mereka, dan turut berkongsi azam tahun baru mereka. Seperti biasa, pengguna dengan azam yang kreatif akan berpeluang untuk memenangi pengecas pantas berkenaan.

Pihak honor Malaysia melakukan pemberian ini melalui Facebook, dan mereka turut akan menghubungi pemenang melalui laman Facebook mereka.

Layari : Facebook Honor Malaysia


TIPS & ULASAN