Carian
OpenEmu – Pelagak Permainan Untuk Mac OS X Menambah Sokongan Untuk PlayStation, PSP, Dan Nintendo 64
January 3, 2016 Aman

Bagi para pengguna komputer Apple, berasaskan kepada OS X, dan jika anda meminati permainan klasik dan retro, mungkin anda sedia mengenali akan OpenEmu. OpenEmu merupakan salah satu pelagak (emulator) permainan yang popular pada platform OS X, dan menyokong pelbagai permainan daripada konsol klasik.

Terkini, melalui kemaskini terbaru untuk OpenEmu, mereka turut menambah sokongan untuk sejumlah konsol klasik, termasuk antaranya adalah PlayStation, PlayStation Portable dan juga Nintendo 64.

OpenEmu

Menggunakan OpenEmu ini, ia membolehkan para pengguna memainkan permainan konsol klasik pada komputer OS X mereka dengan lancar, sekaligus mengembalikan nostalgia permainan popular lama untuk dimainkan kembali pada hari ini.

OpenEmu ditawarkan secara percuma untuk pengguna OS X, dan anda boleh memuat-turunnya hari ini.

Komen