Tandas Nano Membrane Yang Tidak Menggunakan Air Kini Dicuba Di Afrika

Tandas Nano Membrane Yang Tidak Menggunakan Air Kini Dicuba Di Afrika

Diterbitkan pada Jan 4, 2016 oleh .

Tandas di dalam rumah ialah kemewahan yang tidak dirasai oleh lebih 2.6 Billion manusia di dunia. Di negara kurang membangun seperti India dan di benua Afrika, tandas yang kita anggap sebagai biasa adalah sesuatu yang diidamkan. Masalah ketiadaan sistem perpaipan dan pembetungan yang sempurna menghalang penggunaan tandas yang kita gunakan setiap hari di negara-negara ini. Jalan penyelesaian yang kini dibangunkan ialah tandas Nano Membrane yang tidak memerlukan air dan sistem pembetungan konvensional.

Nano-Membrance-tandas-1

Tandas Nano Membrance dibangunkan oleh Cranfield University di United Kingdom. Ia adalah antara pemenang dana Yayasan Bill dan Melinda Gates yang cuba memperbaiki kehidupan mereka yang hidup di negara membangun. Tandas ini tidak memerlukan pam air untuk membersihkan mangkuk selepas digunakan. Selepas membuang najis, bahagian bawah mangkuk berputar untuk membuang najis ke dalam tempat simpanan khas. Najis pepejal dan cecair kemudian akan melalui penapis berbentuk membran yang memisahkan air dari pepejal. Air yang dipisahkan kemudian ditapis menggunakan manik hidrofilik bagi menghasilkan air yang boleh digunakan semula untuk minuman atau kegunaan domestik. Najis yang sudah kering kemudian disimpan di dalam ruangan khas yang dikutip setiap minggu. Najis yang kini berbentuk pepejal kerang dijadikan bahan bakar untuk menjana elektrik di stesen janakuasa bahan api biologi. Setiap najis yang dihasilkan tidak akan terbuang sebaliknya dikitar semula untuk kebaikan bersama.

Tandas Nano Membrance ini sedang diuji di Ghana bagi melihat kebolehgunaannya di dalam skala yang lebih besar. Sebenarnya ini adalah konsep yang sama digunakan di beberapa ladang ternakan mesra alam di Amerika Syarikat di mana bahan tinja haiwan dikitar semula menjadi bahan api biologi. Penggunaan teknologi lestari ini bukan sahaja memastikan kualiti hidup penduduk meningkat malahan mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil yang semakin berkurangan.

Nano-Membrance-tandas-2


TIPS & ULASAN