Jerman Membuka Lebuhraya Khas Untuk Basikal

Jerman Membuka Lebuhraya Khas Untuk Basikal

Diterbitkan pada Jan 4, 2016 oleh .

Konsep lebuhraya berasal dari Jerman dan adalah antara projek terawal Adolf Hitler bagi membangunkan semula negara Jerman yang terganggu selepas Perang Dunia Pertama. Projek lebuh raya persekutuan ini dibangunkan pada tahun 1933 bagi menyambungkan kawasan industri serata Jerman dengan lebih mudah dan mewujudkan pekerjaan kepada lebih 300 000 ribu rakyat yang menganggur akibat masalah ekonomi. Presiden Amerika Syarikat Jeneral Dwight Eisenhower kagum melihat kemajuan sistem lebuhraya ini kemudian menirunya di Amerika Syarikat di bawah Pelan Eisenhower. Di Malaysia, Projek Lebuhraya Utara Selatan dimulakan pada tahun 1986 di bawah pengawasan Tun Dr Mahathir bagi memajukan infrastruktur pengangkutan darat yang mampu menampung keperluan industri sekaligus menyambungkan bandar pelabuhan utama di Pulau Pinang dan Pasir Gudang dengan Kuala Lumpur.

Lebuhraya basikal Jerman

Kini Jerman memulakan langkah pertama dengan membuka lebuhraya khas untuk basikal. Lebuhraya yang menyambungkan 10 buah bandar seperti Duisburg dan Bochum di daerah Ruhr. Lebuhraya ini kini sepanjang 5 kilometer dan akan berkembang kepada rangkaian sepanjang 100 kilometer. Keseluruhan projek akan memakan belanja € 180 (~RM 839 Juta). Ia dibina di atas bekas landasan kereta api yang kini tidak lagi digunakan. Dengan lebuhraya khas basikal ini penunggang tidak perlu risau tentang keselamatan mereka  kerana ketiadaan kenderaan lain yang menggunakannya. Dengan pembukaan lebuhraya basikal ini, kerajaan Jerman berharap dapat mengurangkan penggunaan 50000 kenderaan bermotor yang menjadi sumber pencemaran. Agaknya bilakah Malaysia akan mempunyai lebuhraya basikal pertamanya? Kami berharap ianya tidak akan mengambil masa 53 tahun seperti perbezaan tahun Autobahn dan lebuhraya PLUS dibina di negara kita.


TIPS & ULASAN