OnePlus X Dengan Pemproses Snapdragon 810 Bakal Dilancarkan Di China

OnePlus X Dengan Pemproses Snapdragon 810 Bakal Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada Jan 4, 2016 oleh .

OnePlus X dilancarkan Oktober tahun lalu dan ia menggunakan pemproses Snapdragon 801. Peranti dengan skrin 5″ mempunyai spesifikasi setanding dengan sebuah OnePlus 1 tetapi dengan binaan kaca dan logam sepenuhnya. Ia adalah antara peranti mampu milik yang mempunyai rekaan paling menarik sepanjang 2015. Kini gambar peranti baru seakan OnePlus X tetapi dengan pemproses Snapdragon 810 tetiris ke arena web. Gambar di bawah diperolehi dari laman TENAA China yang kerap kali menjadi petanda awal sebuah peranti baru akan dilancarkan.

Oneplus-X-810-1

OnePlus X dengan pemproses baru ini mengekalkan skrin yang sama, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 5.1.1. Ini mungkin peranti OnePlus 2 Mini yang dikhabarkan selama ini. Biasanya apabila peranti muncul pada laman TENAA, pelancaran secara rasmi akan menyusul dalam masa terdekat. Maka sama-samalah kita menantikan nama dan juga harga rasmi peranti ini diumumkan oleh pihak OnePlus kelak.


TIPS & ULASAN