Dua Lagi Gedung MARA Digital Akan Dibuka Di Lembah Klang Tahun Ini
Artikel Berkaitan

Dua Lagi Gedung MARA Digital Akan Dibuka Di Lembah Klang Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 4, 2016 oleh .

Pembukaan Gedung MARA Digital di Kuala Lumpur tahun lalu adalah bagi memberikan saingan dan harga lebih kompetitif kepada pengguna. Pada waktu sama ia adalah inisiatif kerajaan memberikan ruang perniagaan peranti pintar kepada golongan bumiputera. Sebelum ini kami melaporkan sebuah Gedung MARA Digital akan dibuka di setiap ibu negeri di Malaysia. Nampaknya dua lagi gedung IT ini akan dibuka di Lembah Klang iaitu di Shah Alam dan Kota Damansara. Ini diumumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri hari ini.

MARA Digital

Di Shah Alam, Gedung MARA Digital akan dibuka di Anggerik Mall Jun ini. Lokasi untuk cawangan Kota Damansara masih belum dikenal pasti tetapi akan dibuka pada bulan Mac ataupun April. Datuk Seri Ismail Sabri juga dipetik berkata sambutan pengguna adalah menggalakkan di MARA Digital setakat ini dengan jumlah peningkatan jualan dilaporkan oleh peniaga. Kepada pembaca yang sudah mengunjungi Gedung MARA Digital apakah pendapat anda? Adakah harga yang dijual berpatutan dan patutkah konsep ini diteruskan?


TIPS & ULASAN