Cari @ Amanz

Bersempena dengan acara CES 2016, pihak Lenovo telah mula memperkenalkan beberapa produk baru mereka, dimana selain daripada sebuah monitor, mereka turut mengemaskini keluarga ThinkPad X1 Tablet mereka.

Lenovo ThinkPad X1 Tablet

Ia hadir dengan skrin bersaiz 12-inci dan dijana menggunakn cip Intel Core m7. Menariknya kali ini adalah beberapa komponen tambahan yang dibawakan khusus untuk Lenovo ThinkPad X1 Tablet berbentuk modular, dimana pengguna boleh menanggalkan dan menghubungkan beberapa perkara. Seperti biasa, pengguna disediakan dengan sebuah papan kekunci yang dihubungkan ke tablet ini, dan mengubahnya menjadi komputer riba, selain sebuah modul khusus yang menambah masa penggunaan bateri pada peranti ini.

Sebuah modul tambahan berbentuk projektor turut diperkenalkan untuk tablet ini, membolehkan pengguna menambahnya dan memaparkan imej pada paparan 60-inci melalui ThinkPad X1.

Dan modul terakhir yang ditawarkan adalah sebuah kamera 3D Intel RealSense, yang berguna untuk mengimbas produk, dan membuat beberapa penyuntingan – terutamanya yang melibatkan pengimejan dan percetakkan 3D.

Lenovo akan menjual ThinkPad X1 Tablet ini pada harga $899, sementara setiap modul tambahan ditawarkan secara berasingan pada harga tambahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd