Mark Zuckerberg Ingin Membangunkan Kecerdasan Buatan Seumpama Jarvis Dalam Iron Man

Mark Zuckerberg Ingin Membangunkan Kecerdasan Buatan Seumpama Jarvis Dalam Iron Man

Diterbitkan pada Jan 4, 2016 oleh .

Mark Zuckerberg merupakan pengasas Facebook, dan setiap tahun, beliau membuat cabaran peribadi untuknya sendiri untuk beberapa perkara di luar bidang kerja beliau. Pada tahun lepas, beliau telah membuat cabaran untuk membaca buku baru setiap bulan, dan sebelumnya, beliau turut telah mencabar diri sendiri untuk mempelajari bahasa Mandarin.

Untuk tahun 2016 ini pula, beliau mencabar diri sendiri untuk membangunkan sebuah kecerdasan buatan yang ringkas dan mengawal beberapa perkara dalam rumah serta tugasan harian beliau – lebih kurang seumpama Jarvis dalam filem Iron Man.

Mark Zuckerberg mengatakan beliau akan menggunakan beberapa teknologi sedia ada, dan mengajarnya memahami suara beliau untuk mengawal bebrapa perkara di rumah beliau – seperti suhu rumah, lampu, muzik dan sebagainya. kecerdasan buatan (AI) ini juga dijangka akan menyemak apa yang berlaku dalam rumah, dan memberikan notifikasi kepada beliau.

Ia sesuatu yang menarik untuk melihat cabaran peribadi beliau untuk tahun ini, dan mungkin kita akan melihat beliau berkongsi akan perkembangan pembangunan kecerdasan buatan peribadi beliau tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN