Cari @ Amanz

Penggal baru persekolahan baru sahaja bermula hari ini dan buku teks kimia yang dibeli kini perlu ditukar. Ini adalah kerana IUPAC (International Union of Pure and Applied Chemistry) mengesahkan penemuan empat unsur baru yang melengkapkan kala ke-7 pada jadual berkala. Empat unsur dengan nombor atom 113,115, 117 dan 118 ini ditemui oleh penyelidik di Institute for Nuclear Research Dubna Russia, Lawrence Livermore National Laboratory California dan Riken Institute Jepun.

Elemen-113-Jadual-berkala-1

Keempat-empat unsur ini kini menggunakan nama sementara iaitu ununtrium, (Uut  -113), ununpentium (Uup, – 115), ununseptium (Uus -117), dan ununoctium (Uuo -118). Kesemuanya juga adalah unsur yang tidak wujud secara semula jadi dan hanya ditemui di dalam makmal. Kosuke Morita, salah seorang penyelidik dari Riken Institute yang menemui unsur 113 berkata pengesahan penemuan mereka adalah puncak kejayaan setelah mencuba selama 7 tahun untuk menemui unsur ini. Riken Instutute akan diberikan hak untuk memberikan nama rasmi kepada unsur baru ini. Ini juga merupakan unsur pertama yang ditemui oleh penyelidik dari benua Asia. Nama baru elemen boleh menggunakan nama saintis, negara, tempat, nama mitologi dan mineral. Selepas menemui elemen ke 113, Riken Institute akan berusaha menemui unsur dengan nombor atom 119 dan ke atas dan melengkapkan kala ke-8 jadual berkala.

Elemen-113-Jadual-berkala-2

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd