Pemalam Santapan Minda Untuk Chrome Memaparkan Petikan Ayat Menarik Pada Halaman Tab Baru

Pemalam Santapan Minda Untuk Chrome Memaparkan Petikan Ayat Menarik Pada Halaman Tab Baru

Diterbitkan pada Jan 4, 2016 oleh .

Terdapat beberapa pemalam untuk Chrome yang memaparkan gambar-gambar menarik pada halaman tab baru. Terkini, daripada salah seorang pembangun tempatan, hadir dengan konsep yang lebih kurang serupa adalah sebuah pemalam yang dinamakan sebagai Santapan Minda.

Santapan Minda Chrome

Melalui pemalam Santapan Minda ini, ia memaparkan petikan ayat yang menarik pada setiap halaman tab baru – dan dilengkapkan dengan gambar latar yang cantik – yang dikumpulkan daripada laman Unsplash.

Bagi anda yang sentiasa menggunakan pelayar web Chrome, dan inginkan sesuatu yang baru pada setiap halaman tab baru yang dibuka anda, mungkin boleh mencuba pemalam Santapan Minda ini.

Muat-Turun Santapan Minda untuk Chrome


TIPS & ULASAN