Oppo sedia mempunyai beberapa siri telefon pintar mereka, dan terkini, ia dilihat mereka dalam persiapan untuk pelancaran siri telefon pintar baru, iaitu Oppo siri-F. Pertama dibawah keluarganya, Oppo dijangka mengumumkan Oppo F1 tidak lama lagi.
Siri-F daripada Oppo ini dijangka akan menawarkan spesifikasi pertengahan, dan lebih memfokuskan kepada kualiti rakaman gambar menggunakannya.
Oppo seperti ramai sedia maklum, mempunyai beberapa peranti yang memfokuskan kepada sokongan kamera – tetapi ia lebih difokuskan terhadap peranti berspesifikasi tinggi, dan sering berharga mahal.
Ia tidak diketahui lagi sama ada siri-F ini akan berharga lebih rendah ataupun sebaliknya. Oppo dijangka akan memfokuskan kepada siri-F ini pada tahun 2016 ini, selain turut hadir dengan penawaran peranti dibawah keluarga peranti sedia ada seperti setiap tahun.