LG Hadir Dengan Skrin Bersaiz 18-inci Yang Boleh Digulungkan
LG

LG Hadir Dengan Skrin Bersaiz 18-inci Yang Boleh Digulungkan

Diterbitkan pada Jan 4, 2016 oleh .

LG merupakan salah satu syarikat yang membangunkan teknologi skrin dibawah subsidiari dinamakan LG Display. Terkini, bersempena dengan CES 2016, LG memperlihatkan perkembangan terbaru mereka, iaitu sebuah skrin prototaip bersaiz 18-inci yang boleh digulungkan seperti kertas.

LG Skrin Gulung

Pelbagai syarikat telah sedia memperlihatkan pembangunan konsep dan prototaip mereka untuk skrin yang boleh dibengkokan, dilentur atau digulungkan. Samsung turut tidak ketinggalan dalam arena ini, dan telah menggunakan skrin melengkung pada siri telefon pintar Edge mereka.

LG dijangka akan memperlihatkan dan berkongsi lanjut mengenai teknologi skrin terbaru mereka ini dalam beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN