Alcatel OneTouch sedia memasarkan beberapa telefon pintar berasaskan kepada Android sebelum ini, dan terkini, bersempena dengan CES 2016, mereka turut hadir dengan sebuah tablet berasaskan Windows 10 Mobile.
Tablet daripada Alcatel OneTouch ini dinamakan sebagai Pixi 3, dan menggunakan skrin bersaiz 8-inci. Pihak Alcatel masih tidak mengumumkan sepsifikasi berkaitan dengan tablet mereka, dan sekadar mengatakan ia menawarkan sokongan sebagai alat kawalan televisyen, sokongan GPS, dan kebolehan membuat panggilan suara.
Tablet ini juga turut akan ditawarkan bersama-sama beberapa kerangka luar tambahan seperti Color Skins dan juga Flip Stand Covers.
Dengan penawaran beberapa produk Alcatel sebelum ini, kita mungkin akan dapat melihat tablet ini turut dijual pada harga rendah berbanding beberapa pesaing mereka yang lain di pasaran.