Lenovo ThinkPad 13 Bakal Hadir Dengan Pilihan Sistem Operasi Windows 10 Atau Chrome OS

Lenovo ThinkPad 13 Bakal Hadir Dengan Pilihan Sistem Operasi Windows 10 Atau Chrome OS

Diterbitkan pada Jan 4, 2016 oleh .

Lenovo merupakan antara pengeluar peranti yang masih mempunyai pegangan pasaran komputer yang tinggi. Pada CES 2016 kali ini, mereka telah memperkenalkan beberapa produk baru, termasuk komputer riba ThinkPad 13.

Lenovo ThinkPad 13 ini dijana dengan cip pemprosesan Intel Core i5, dan dilengkapi memori sehingga 16GB RAM, serta ruangan storan sehingga 512GB SSD.

Lenovo ThinkPad 13

Menariknya mengenai Lenovo ThinkPad 13 adalah ia hadir dengan dua pilihan sistem operasi, sama ada versi Windows 10 ataupun Chrome OS. Walaupun menawarkan spesifikasi lebih kurang sama, tetapi kedua-dua versi ini membawakan rekaan yang sedikit berbeza – termasuk penawaran port luaran.

Salah satu perbezaan ketara adalah pada bahagian papan kekunci, dimana versi Chrome OS membawakan papan kekunci yang lebih ringkas khusus untuk Chrome OS, sementara versi Windows 10 menawarkan pengalaman papan kekunci penuh.

Disamping itu, untuk versi Windows, ia hadir dengan ruangan HDMI, tiga port USB dan juga USB Type-C. Sementara untuk versi Chrome OS pula, ia hadir dengan satu port USB dan dua port USB Type-C.

Pihak Lenovo akan memasarkan versi Windows bermula bulan April 2016 ini, sementara versi Chrome OS hanya akan dipasarkan sekitar bulan Jun 2016 kelak.


TIPS & ULASAN