Cari @ Amanz

Pada pertengahan tahun 2015 yang lepas, kita telah sedia maklum akan mengenai pihak Nokia yang pernah dalam proses pembangunan jam tangan pintar mereka tersendiri, sebelum Nokia diambil-alih Microsoft. Jam tangan pintar berkenaan telah dikenali dengan nama kod Moonraker.

Nokia Moonraker

Terkini, beberapa gambar hadir ke arena web, dikatakan sebagai prototaip untuk jam tangan pintar Nokia, dan secara kasar, ia menyerupai rekaan Moonraker sebelum ini.

Jam tangan pintar ini membawakan rekaan segi empat, dan pada masa yang sama mengimplementasi rekaan Metro yang sinonim dengan Microsoft. Ia dikatakan jam tangan pintar ini turut hadir dengan beberapa sensor terbina untuk memantau gerakan dan aktiviti pengguna.

Nokia Moonraker

Microsoft dikatakan telah membatalkan pembangunan Moonraker ini selepas pengambil-alihan Nokia – dan mereka lebih memfokuskan kepada Microsoft Band yang kini telah memasuki generasi kedua. Bagi anda, adakah jika pihak Nokia memasarkan jam tangan pintar mereka ini sekitar tahun 2014 atau 2015, anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd