Cari @ Amanz

Sedikit demi sedikit peranti dengan sokongan USB Type-C kini hadir ke pasaran. Bersempena dengan CES 2016 hari ini, selain daripada Lenovo, kini Acer turut memperkenalkan monitor mereka yang hadir diintegrasikan dengan sokongan USB Type-C.

Acer H7

Acer H7 ini hadir dalam pilihan dua variasi saiz, iaitu 25-inci dan juga 27-inci – dimana kedua-duanya membawakan resolusi 2560×1440 pixel. Pihak Acer turut menyertakan port USB biasa pada monitor ini untuk memudahkan anda menghubungkan papan kekunci dan juga tetikus dengan mudah. Disamping itu, port seperti HDMI 2.0 dan juga DisplayPort turut disertakan pada monitor ini.

Acer bakal memasarkan monitor ini bermula bulan Februari 2016 kelak.

Acer H7

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd