Segway Akan Bekerjasama Dengan Intel Dan Xiaomi Untuk Arena Robotik

Diterbitkan pada Jan 4, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Segway sebelum ini telah diambil-alih oleh Ninebot yang telah menerima pelaburan daripada pihak Xiaomi. Terkini, mengumumkan perancangan untuk tahun 2016, pihak Segway mengatakan mereka akan menyertai arena robotik melalui sebuah perniagaan baru dinamakan Segway Robotics.

Ninebot SegwayDengan bahagian baru ini, ia akan menjadikan syarikat mereka terbahagi kepada dua, iaitu satu untuk pengangkutan dan satu lagi untuk robotik.

Segway mengatakan mereka akan bekerjasama dengan pihak Intel dan Xiaomi untuk menyertai arena robotik memfokuskan perkhidmatan dalam rumah. Segway mengatakan mereka akan membangunkan beberapa konsep futuristik dengan mengintegrasikan teknologi sedia ada dalam membangunkan bahagian robotik ini.

Pada masa yang sama, pihak Segway turut mengatakan jenama Ninebot akan menjadi salah jenama dibawah bahagian pengangkutan Segway.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami