Cari @ Amanz

Penjualan Vape diharamkan bermula di Johor dan kemudian di Kelantan. Pengharaman di dua negeri ini hanya melibatkan penjualan tetapi orang ramai masih boleh menghisap rokok elektronik di kawasan yang dibenarkan. Di Melaka berlainan pula ceritanya dengan pengharaman bukan sahaja pada penjualan malah penggunaan vape di seluruh negeri. Ini diumumkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datok Seri Idris Haron hari ini. Pengharaman secara menyeluruh diambil oleh kerajaan negeri bagi mematuhi fatwa yang mengharamkan menghisap vape oleh umat Islam atas alasan kesihatan. Ini sekaligus menjadikan negeri pertama yang melakukan pengharaman secara menyeluruh terhadap rokok elektronik.

Vape

Pengharaman ini akan berkuasa dalam jangka masa terdekat dan pastinya menjejaskan 20 premis jualan Vape yang dibuka di seluruh bandaraya Melaka. Seperti biasa diharap penguatkuasaan larangan ini dilakukan dengan serius dan tidak seperti melepaskan vape di tangga. Umum kita ketahui terdapat banyak kawasan larangan merokok di seluruh negara namun ramai yang tidak mengendahkannya. Mungkin langkah seterusnya yang boleh dilakukan Melaka ialah mengharamkan penjualan rokok pula yang sudah difatwakan haram sejak 1995.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd