Microsoft : Windows 10 Kini Aktif Pada Lebih 200 Juta Peranti

Microsoft : Windows 10 Kini Aktif Pada Lebih 200 Juta Peranti

Diterbitkan pada Jan 4, 2016 oleh .

Windows 10 merupakan sistem operasi terkini daripada Microsoft yang menawarkan pengalaman penggunaan selari pada pelbagai saiz peranti – daripada telefon pintar, sehinggalah kepada komputer mahupun televisyen. Berkongsi mengenainya hari ini, pihak Microsoft mengatakan Windows 10 kini aktif pada lebih 200 juta peranti seluruh dunia.

Pengumuman daripada Microsoft ini hadir selari dengan desas-desus pada minggu lepas mengatakan perkara sama.

Windows 10

Windows 10 telah dilancarkan pada tahun 2015, dan pencapaian angka ini memperlihatkan perkembangan sihat sistem operasi Windows – dan antara yang terpantas. Salah satu faktor untuknya mungkin adalah kerana Microsoft menawarkan kemaskini Windows 10 secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.

Pada masa yang sama, pihak Microsoft turut mengatakan yang mana Windows Store turut berkembang dengan pesat – dimana lebih ramai membuat pembelian menggunakannya sama ada pada PC atau tablet.

Angka penggunaan ini dijangka akan terus meningkat, apatah lagi dengan kemaskini Windows 10 Mobile dijangka diperkenalkan tidak lama lagi kepada pengguna peranti Windows Phone.


TIPS & ULASAN