Carian
LG
LG Memperkenalkan Telefon Pintar Siri-K Dengan Fokus Terhadap Kamera Dan Gestur
January 5, 2016 Aman

Bersempena dengan CES 2016, pihak LG tidak ketinggalan dalam memperkenalkan peranti baru daripada mereka, dimana mereka telah memperkenalkan siri keluarga telefon pintar baru, iaitu siri-K. Dibawah siri K ini, dua peranti baru diperkenalkan, iaitu LG K10 dan juga LG K7.

Kedua-dua telefon pintar ini memfokuskan kepada sokongan gestur popular yang terdapat pada peranti LG berspesifikasi tinggi – sebagai contoh Gesture Shot untuk merakamkan gambar selfie, dan beberapa gestur lain.

LG Siri-K

Disamping itu, pihak LG mengatakan peranti siri-K ini turut hadir dengan rekaan yang cantik dan moden – sesuai untuk pengguna muda. Peranti ini turut menggunakan rekaan kaca 2.5D untuk memudahkan pengguna mengawal dan menggunakannya.

Dari segi spesifikasi, LG K10 hadir dengan skrin 5.3-inci, dijana menggunakan cip empat-teras (turut hadir dalam variasi lapan-teras), memori dalam variasi antara 1GB hingga 2GB RAM, serta ruangan storan dalam pilihan 8GB atau 16GB. Peranti ini membawakan kamera belakang 13-megapixel untuk versi LTE, sementara 8-megapixel untuk versi 3G. Pilihan kamera hadapan 8-megapixel atau 5-megapixel turut ditawarkan berdasarkan kepada pilihan versi peranti.

Untuk LG K7 pula, ia membawakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi memori antara 1GB RAM sehingga 1.5GB RAM, dan hadir dalam pilihan storan 8GB atau 16GB. Ia turut dilengkapi kamera belakang 8-megapixel atau 5-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Kedua-dua peranti ini menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

Komen