Lenovo IdeaCentre 610S – PC Dengan Projektor Terbina

Lenovo IdeaCentre 610S – PC Dengan Projektor Terbina

Diterbitkan pada Jan 5, 2016 oleh .

Komputer peribadi kompak AIO sudah wujud di pasaran sejak Apple menghasilkan iMac mereka. Komputer kompak ini sudah hampir sedia terpasang dan hanya memerlukan pengguna menyambungkan tetikus dan papan kekunci sebelum boleh digunakan. Sungguhpun begitu AIO masih lagi terlalu besar untuk dibawa dengan mudah kerana saiz skrin yang bermula dari 20″. Lenovo nampaknya mempunyai inovasi baru di dalam dunia PC dengan IdeaCentre 610S.

Lenovo IdeaCentre 610S 2

Komputer kompak ini tidak mempunyai skrin LCD, sebaliknya mempunyai projektor terbina. Projektor pada bahagian atas kerangka IdeaCentre 610S ini boleh ditanggalkan dan mempunyai kemampuan memancarkan imej sebesar 110 inci pada resolusi 720P.  Ia turut dilengkapi pembesar suara dan sekiranya perlu masih boleh dipasangkan kepada skrin komputer ataupun TV. IdeaCentre 61S diperkasakan dengan pemproses Intel Core i7 generasi ke-6,RAM sehingga 16 Gigabyte dan muatan dalaman 2 TB HDD/128 Gigabyte SSD. Kad grafik yang digunakan pula ialah Nvidia GeForce GTX 750 Ti dengan 2 GB VRAM. Komputer kompak ini dijangka memasuki pasaran Jun hadapan dengan harga $845 (RM 3688) sebuah.

Lenovo IdeaCentre 610S 1

 


TIPS & ULASAN