Cari @ Amanz

Assassin’s Creed ialah siri permainan yang amat kami gemari. Sungguhpun begitu sejak kebelakangan ini kualiti dan jalan cerita siri popular ini boleh dikategorikan sebagai mengecewakan. Permainan terbaru mereka Syndicate yang muncul tahun lalu memperbaiki kelemahan Unity namun mengalami penurunan kualiti grafik. Walaupun kami peminat tegar kami akui permainan terakhir yang benar-benar kami sukai ialah Assassin’s Creed IV Black Flag. Kami masih mendambakan siri ini kembali mengujakan seperti Brotherhood.

Assassin's Creed

Beberapa ura-ura kini muncul di arena web. Pertama sekali sumber dalaman mengatakan Ubisioft tidak akan menghasilkan permainan baru tahun ini. Sebaliknya ia hanya akan muncul setiap dua tahun sekali. Permainan seterusnya akan muncul pada tahun 2017 dan diberi nama Assassin’s Creed Empire. Menurut sumber yang sama kali ini siri AC akan mengubah lokasi ke Mesir. Dengan penghasilan permainan dua tahun sekali ini, Ubisoft berharap mereka akan dapat memperbaiki kualiti permainan yang dihasilkan. Pada waktu yang sama menaikkan semula nama baik siri ini di mata peminat. Jika ura-ura ini menjadi realiti kami ucapkan requiescat in pace untuk siri AC untuk tahun 2016. Semoga bertemu semula di tahun 2017 dengan kualiti yang lebih baik.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd