Carian
Activison Blizzard Mengambil-Alih Major League Gaming – Ingin Menjadi ESPN Untuk Permainan Video
January 5, 2016 Aman

Activison Blizzard agak aktif dalam menambah portfolio mereka akhir-akhir ini. Selepas beberapa bulan mengambil-alih syarikat penerbit permainan Candy Crush, iaitu King, hari ini Activision Blizzard telah mengambil-alih lagi satu syarikat, iaitu Major League Gaming.

Major League Gaming adalah salah satu syarikat yang menganjurkan pertandingan permainan video, dan Activision Blizzard dilaporkan telah mengambil-alih ia pada harga mencapai $46 juta.

Major League Gaming

Activision sebelum ini telah mengumumkan pembentukkan sebuah subsidiari khas dinamakan Activision Blizzard Media Network – salah satu bahagian yang akan memfokuskan kepada arena e-sukan. Dan pengambil-alihan Major League Gaming ini dilihat melengkapkan portfolio berkenaan, serta membolehkan permainan dan pertandingan yang sedang berlaku terus ke peranti mudah-alih, konsol ataupun PC.

Arena permainan video sendiri berkembang dengan pesat sejak tahun lepas, dimana sejumlah syarikat telah melakukan pelaburan memfokuskan kepada arena tersebut.

Walaupun pengambil-alihan ini adalah sesuatu yang baik kepada pihak Activision Blizzard, namun salah satu cabaran yang mungkin mereka hadapi adalah dimana mereka mungkin sukar mendapatkan sokongan daripada penerbit permainan lain – yang kini turut mempunyai bahagian khusus e-sukan, apatah lagi dengan Major League Gaming kini dibawah Activion Blizzard.

Komen