Carian
Samsung Unpacked Untuk Galaxy S7 Dijangka Diadakan Pada 20 Februari 2016
January 5, 2016 Aman

Samsung sering akan mengadakan acara Unpacked untuk pengenalan peranti utama mereka. Dan untuk Samsung Galaxy S7, gergasi dari Korea Selatan berkenaan dijangka mengumumkannya pada sebuah acara yang dijadualkan pada 20 Februari 2016 kelak.

Samsung Galaxy

Samsung sebelum ini telah menjadi kebiasaan untuk mereka mengumumkan peranti baru mereka, sehari dua sebelum acara Mobile World Congress – dan desas-desus ini hadir selari dengannya.

Buat masa ini, info ini dikongsikan oleh Ivan Luchkov – yang mana sebelum ini turut berkongsi tarikh yang tepat untuk pelancaran Galaxy S5 pada tahun 2014 lepas.

Pihak Samsung masih tidak berkongsi mengenainya lagi buat masa ini, dan mungkin mereka akan mengumumkannya dalam masa kurang sebulan lagi.

Komen