Sempena Ballon d’Or Twitter Memperkenalkan Hashmoji Untuk Calon Anugerah

Sempena Ballon d’Or Twitter Memperkenalkan Hashmoji Untuk Calon Anugerah

Diterbitkan pada Jan 5, 2016 oleh .

Malam anugerah Ballon d’Or akan diadakan 11 Januari hadapan. Sempena meraikan malam anugerah pemain bola sepak terbaik dunia ini, Twitter memperkenalkan hashmoji khas untuk anugerah dan enam pemain bola sepak yang dicalonkan. Peminat Cristiano Ronaldo, Lionel Messi ,Neymar hCarli Lloyd, Aya Miyama dan Celia Sasic boleh menunjukkan sokongan mereka kepada bintang-bintang kegemaran mereka. Hashmoji ini boleh digunakan selama tujuh hari mulai hari ini. Siapakah pemain bola sepak yang anda rasakan akan memenangi anugerah tahun ini? Adakah Cristiano Ronaldo akan mencatatkan hatrik kemenangan ataupun Lionel Messi akan mencuri semula takhta pemain terbaik dunia. Kami rasakan berdasarkan jumlah piala yang dimenangi sepanjang 2015, Lionel Messi akan memenangi tahun ini.

Twitter-Ballondor

 


TIPS & ULASAN