Cari @ Amanz

Pada siri artikel terdahulu berkaitan gangguan frekuensi, kita telah kenali apa itu gangguan frekuensi yang dimaksudkan dan juga cara-cara untuk mengesan gangguan frekuensi. Gangguan frekuensi merupakan fenomena yang terhasil apabila pelbagai peranti yang berkomunikasi menggunakan gelombang berada pada satu ruang terhad, dan terdapatnya gelombang yang mengganggu transmisi gelombang berlainan, sekaligus membawa masalah kepada capaian maklumat yang menggunakan gelombang tersebut. Pada artikel kali ini, kami akan berkongsi berkenaan salah satu solusi kepada fenomena gelombang frekuensi yang berlaku.

Terlebih dahulu apabila sambungan internet yang pada mulanya kelihatan stabil dan tiada gangguan, kemudian secara tiba-tiba terdapat gangguan, periksa jika adanya peranti baru yang digunakan. Ia dikhuatiri peranti baru tersebut mempunyai tetapan yang boleh menghasilkan gangguan terhadap sambungan internet. Kebanyakan masa peranti-peranti sebegini perlu ditetapkan semula supaya tidak mengganggu gelombang lain. Dalam artikel ini, kami akan menggunakan peranti yang telah didemonstrasikan pada artikel terdahulu, iaitu peranti yang digunakan untuk menyambungkan kamera litar tertutup yang menggunakan gelombang WiFi, namun mengganggu gelombang internet P1.

Kebanyakan masa, peranti-peranti yang tidak disahkan oleh SKMM akan mempunyai tetapan yang boleh mengganggu peranti lain. Mungkin ini kerana setiap peranti hadir dengan tetapan asal oleh pengilang, dan pengguna tidak mengetahui akan maklumat tersebut. Kebiasaannya setiap peranti sebegini mempunyai tetapan yang boleh diubah oleh pengguna, dan cara mengubahnya turut disertakan didalam manual peranti tersebut. Dalam kes artikel ini, peranti sambungan kamera litar tertutup yang menggunakan gelombang WiFi ini secara asasnya hadir dengan tetapan yang boleh mengganggu gelombang internet P1.

P1 - Perbaiki Gangguan Interference -IMG_8076-side

Merujuk kepada gambar diatas, ia adalah tetapan asal peranti ini. Dengan keempat-empat suis berada pada posisi atas, ia beroperasi namun dengan gelombang yang mengganggu transmisi gelombang internet P1. Apabila peranti ini dihidupkan, sekiranya pengguna sedang menggunakan perkhidmatan internet P1, sambungan akan terus terputus, dan terganggu. Sekiranya pengguna sedang melayari YouTube, video tersebut akan terhenti dan jika menguji sambungan internet P1 menggunakan aplikasi Speedtest.net, aplikasi tersebut akan mengeluarkan status ‘Network Communication Issue’.

Bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku, dan bukan sekadar mengganggu gelombang internet P1 di rumah bahkan mungkin mengganggu jiran yang menggunakan P1, pengguna perlu mencuba tetapan lain pada peranti tersebut. Bagi peranti yang disebutkan, tetapan pada gambar sebelah kanan tersebut tidak akan mengganggu gelombang internet P1. Sebaik sahaja tetapan tersebut dilakukan dan peranti tersebut dihidupkan semula, perkhidmatan internet P1 dapat berjalan seperti biasa. Sekiranya peranti ini telah disahkan oleh SKMM, peranti tersebut secara automatiknya telah ditetapkan supaya mematuhi piawaian standard yang ditetapkan SKMM, sekaligus tidak mengganggu mana-mana peranti untuk kegunaan tempatan.

Akhir kata, cara termudah untuk mengelakkan gangguan frekuensi adalah dengan menggunakan peranti-peranti yang telah melalui proses pematuhan piawaian standard dari SKMM kerana ia lebih mudah dan pengguna tidak perlu melalui sebarang proses tetapan tambahan. Akan tetapi sekiranya ia bukan satu pilihan, pengguna disarankan untuk membaca manual peranti tersebut dan mengetahui cara bagaimana untuk mengelakkan gangguan frekuensi terjadi.

Penafian: Advertorial dari P1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd