Lenovo Vibe S1 Lite – Satu Lagi Peranti Memfokuskan Selfie Daripada Lenovo

Lenovo Vibe S1 Lite – Satu Lagi Peranti Memfokuskan Selfie Daripada Lenovo

Diterbitkan pada Jan 5, 2016 oleh .

Lenovo sebelum ini telah memperkenalkan telefon pintar dengan dwi-kamera hadapan memfokuskan selfie, iaitu Lenovo Vibe S1. Hari ini, pada CES 2016, Lenovo turut memperkenalkan satu lagi variasi peranti dibawah keluarga sama, iaitu Lenovo Vibe S1 Lite.

Lenovo Vibe S1 Lite

Lenovo Vibe S1 Lite hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel dan turut dilengkapi sokongan lampu flash untuk selfie. Ini sekaligus membolehkan pengguna merakamkan gambar selfie dengan jelas pada pelbagai keadaan cahaya.

Telefon pintar ini membawakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip MediaTek lapan-teras 1.3Ghz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Telefon pintar ini turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel.

Telefon pintar ini akan dipasarkan oleh Lenovo bermula Januari 2016 ini di beberapa buah negara terpilih.


TIPS & ULASAN