Cari @ Amanz

Xiaomi sebelum ini telah memperkenalkan kemaskini MIUI7 dengan beberapa pembaharuan, dan terkini, bersempena dengan tahun baru 2016, Xiaomi turut melancarkan kemaskini MIUI 7.1 untuk pengguna peranti mereka.

MIUI 7.1

Kemaskini MIUI 7.1 ini ditawarkan untuk pengguna peranti Mi 3, Mi 4, Mi Note, Mi 4i, Redmi Note 4G, Redmi 2 / Prime, Redmi 1s, Redmi Note Prime, Redmi Note 2, Redmi Note 3G dan juga Mi Pad.

Melalui MIUI 7.1 ini, ia membawakan beberapa kemaskini kecil, termasuk kebolehan membuat folder tersembunyi pada File Explorer, sokongan penyuntingan imej dengan sebuah fungsi baru – Doodle, integrasi Mi Drop untuk memudahkan anda berkongsi fail dengan peranti yang berhampiran, dan juga sokongan Data Saver untuk menjimatkan data.

Bagi pengguna peranti Xiaomi, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda, dan memulakan proses kemaskini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd