Ada Idea Untuk Merevolusikan Teknologi Perbankan ? Sertai #MaybankFintech2016

Ada Idea Untuk Merevolusikan Teknologi Perbankan ? Sertai #MaybankFintech2016

Diterbitkan pada Jan 5, 2016 oleh .

Tahun lalu menyaksikan dunia startup teknologi perbankan atau terma popularnya Fintech (Finance Technology) mula aktif di Malaysia. Bermula dengan Maybank yang menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitannya, sehinggalah kepada pelancaran komuniti NextBank KL, aktiviti Fintech bakal lebih rancak untuk landskap tempatan. Bagi memulakan tahun 2016, Maybank mengumumkan acara MaybankFintech2016 dalam mencari startup yang bergiat dalam industri ini.

Mungkin anda penggiat startup namun tidak mempunyai maklumat yang jelas untuk aktiviti ini, Maybank mencari startup yang mempunyai idea ataupun telah membangunkan aplikasi yang mampu merubah teknologi perbankan. Sehingga 11 kategori idea yang dicari, antaranya termasuklah pengurusan aset, perbankan islamik, peranti berhubung (IoT – Internet of Things), sekuriti dan bermacam lagi. Jika pada acara tahun lepas mungkin tidak banyak kategori yang dinyatakan, pada tahun ini sedikit sebanyak membuka pelbagai peluang untuk startup mencadangkan solusi yang ingin dilakukan pada Maybank.

Acara ini bukan berkonsepkan pertandingan, sebaliknya lebih kepada Maybank ingin mencari solusi terkini bagi merevolusikan teknologi perbankan. Bagi menyertainya, startup perlu mendaftar menerusi halaman yang disediakan, dan startup yang terpilih berdasarkan idea serta solusi akan perlu melakukan pitch atas-talian secara langsung bersama Maybank. Startup yang disenaraipendek akan mengikuti bengkel selama tiga hari bersama-sama pakar serta pegawai dari Maybank, dan akan mempersembahkan produk mereka kepada Maybank. Jika anda berminat, hantarkan penyertaan anda menerusi laman rasmi mereka dan tarikh tutup pendaftaran adalah 22 Januari 2016.

Daftar: MaybankFintech 2016


TIPS & ULASAN