Cari @ Amanz

HP Spectre x360 merupakan salah satu komputer riba terbaik di pasaran yang pernah kami ulas pada tahun 2015 yang lepas. Terkini, bersempena dengan CES 2016, pihak HP tidak ketinggalan dan telah mengumumkan kemaskini untuknya yang mana hadir dalam pilihan bersaiz 15.6-inci dengan resolusi sehingga 4K (3820×2160 pixel).

Untuk makluman, HP Spectre x360 hanya hadir dalam pilihan 13.3-inci sahaja sebelum ini, dan pengenalan versi baru dengan skrin lebih besar semestinya mengembirakan ramai pengguna.

HP Spectre x360

Versi 15-inci ini juga hadir dengan sokongan empat-speaker, disamping hadir dengan cip pemprosesan terkini daripada Intel, dilengkapi grafik Intel Iris, dan juga pilihan memori sehingga 16GB RAM. Untuk bahagian bateri, HP mengatakan ia mampu bertahan sehingga 9.5-jam ketika menggunakan pada resolusi 4K.

HP Spectre x360 versi 13-inci pula turut menerima kemaskini kecil, dimana kini ia hadir dengan skrin OLED yang menawarkan paparan gambar lebih cantik dan jitu melaluinya.

Dengan pengumuman ini, kita mungkin akan dapat melihat komputer riba ini hadir ke pasaran tempatan dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd