HTC Dan UA Memperkenalkan UA HealthBox – Menyertakan Tiga Peranti Memfokuskan Kecergasan
HTC

HTC Dan UA Memperkenalkan UA HealthBox – Menyertakan Tiga Peranti Memfokuskan Kecergasan

Diterbitkan pada Jan 5, 2016 oleh .

HTC dan Under Armour telah mengumumkan kerjasama pada tahun lepas untuk gelang tangan pintar mereka, tetapi ia tidak dipasarkan, dan telah dibatalkan. Namun mereka tidak berhenti begitu sahaja, dan hari ini kedua-dua jenama terkemuka tersebut kembali, dan mengumumkan UA HealthBox.

UA HealthBox terdiri daripada tiga peranti, iaitu UA Band, UA Heart Rate, dan juga UA Scale. Ia menggunakan rekaan daripada pihak HTC, dan turut menyertakan penggunaan teknologi memfokuskan kecergasan dan kesihatan daripada Under Armour.

UA Band adalah gelang-tangan pintar yang boleh pantau aktiviti harian sepanjang hari – termasuk aktiviti kecergasan, senaman dan juga ketika anda tidur. Ia turut membawakan mod khusus ketika bersenam, dan boleh diintegrasikan bersama-sama UA Heart Rate untuk memantau kadar denyutan nadi ketika bersenam.

HTC UA Band

UA Heart Rate adalah pemantau kadar denyutan nadi, dimana ia membawakan saiz yang kompak dan boleh dipakai pada dada bagi membolehkan pengiraan data seperti kadar denyutan nadi, kalori yang dibakar dan sebagainya. Seperti dimaklumkan sebelum ini, ia boleh digunakan bersama-sama UA Band, selain turut melihat data pada aplikasi UA Record.

HTC UA HeartRate

Peranti ketiga yang disertakan dalam UA HealthBox ini adalah UA Scale, iaitu sebuah penimbang pintar yang hadir dengan sokongan WiFi, membolehkan anda untuk menimbang berat dan membaca kadar peratusan lemak dalam badan. Penimbang ini boleh menyokong sehingga lapan pengguna, dan data yang dikumpulkan boleh sync ke aplikasi UA Record.

HTC UA Scale

Pihak HTC dan UA akan menawarkan ia di pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu, pada harga $400 untuk ketiga-tiganya yang hadir dalam UA HealthBox.


TIPS & ULASAN