Garmin Memperkenalkan Varia Vision – Membolehkan Penunggang Basikal Menerima Amaran Dan Notifikasi

Garmin Memperkenalkan Varia Vision – Membolehkan Penunggang Basikal Menerima Amaran Dan Notifikasi

Diterbitkan pada Jan 5, 2016 oleh .

Garmin merupakan suatu jenama yang tidak asing dalam arena teknologi. Terkini, bersempena dengan CES 2016, mereka turut mengumumkan beberapa produk baru, dan salah satunya adalah Varia Vision.

Varia Vision merupakan salah satu headset yang ditujukan kepada penunggang basikal – dimana ia boleh mengumpulkan beberapa data mengenai kayuhan, memperlihatkan arah perjalanan, dan beberapa notifikasi berkaitan.

Varia Vision

Garmin mengatakan menggunakan Varia Vision ini, penunggang basikal boleh memfokuskan kepada pemanduan mereka, disamping pada masa yang sama tidak ketinggalan sebarang notifikasi penting. Varia Vision ini mampu bertahan penggunaan selama 8 jam.

Pengguna turut boleh menghubungkan ia kepada Varia Rearview Radar, dan turut mendapatkan amaran sekiranya terdapat sebarang kenderaan yang menghampiri dari belaakng.

Varia Vision ini akan dijual pada harga $399.99 (~RM1737), dan mungkin sesuai jika anda merupakan salah seorang penunggan basikal yang sangat aktif.


TIPS & ULASAN