Cari @ Amanz

Fibit merupakan salah satu jenama terkemuka dalam arena peranti boleh-pakai kecergasan. Mereka telah mempunyai beberapa penawaran sebelum ini, dan telah memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2015 lepas. Terkini, bersempena dengan CES 2016, Fitbit turut memperkenalkan peranti baru mereka, dinamakan Blaze.

Fitbit Blaze

Fitbit Blaze merupakan jam tangan pintar yang hadir dengan skrin berwarna, dan turut menawarkan akses kepada fungsi seperti permesejan, panggilan telefoni, dan juga kemaskini daripada kalendar. Walaubagaimanapun, tiada sokongan aplikasi tambahan seperti jam tangan pintar lain ditawarkan.

Fitbit masih mengekalkan kelebihan perisian memfokuskan kecergasan pada Fitbit Blaze ini, dimana ia hadir dengan sokongan memantau aktiviti harian, dan juga kadar denyutan jantung.

Fitbit Blaze

Fitbit turut menawarkan pilihan tali jam tangan berbeza untuk pengguna pilih dan menggunakan bersama-sama Blaze ini.

Fitbit Blaze ini bakal dijual bermula bulan Mac 2016 kelak pada harga bermula $200 (~RM870).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd