Carian
Malaysia Antara Negara Terawal Yang Bakal Menerima Huawei Mate 8 Luar China
January 6, 2016 Aman

Huawei telah memperkenalkan Huawei Mate 8 pada penghujung tahun lepas, dan pada CES 2016 hari ini, Huawei turut memperkenalkan peranti berkenaan untuk pasaran global. Berkongsi mengenainya ketika pelancaran, Huawei mengatakan Malaysia merupakan negara fasa pertama yang akan menerima Mate 8 diluar China.

Huawei Mate 8

Huawei Mate 8 merupakan telefon pintar berasaskan Android 6.0 Marshmallow daripada Huawei dan dilengkapi dengan antaramuka EMUI. Ia turut menyertakan rekaan premium, serta menyertakan sokongan pengimbas cap jari bersama-sama dengannya. Huawei Mate 8 menawarkan cip pemprosesan terkini Huawei, iaitu Kirin 950, dilengkapi kamera belakang dengan sokongan OIS, dan Huawei mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 2 hari lamanya.

Harga jualan peranti bersaiz 6-inci ini masih tidak diumumkan lagi, dan mungkin diketahui tidak lama lagi.

Huawei Mate 8

Huawei Mate 8

Komen